AEON Charity Run 2024

Yayasan AEON Malaysia menyumbang RM1 juta kepada 10 buah hospital hasil kutipan dana menerusi acara larian amal AEON Charity Run 2024 yang diadakan di Anjung Floria Putrajaya. Penganjuran AEON Charity Run 2024 diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 Yayasan AEON Malaysia. RM1 juta yang berjaya dikumpul disalurkan ke program AEON KASiH, sebuah program oleh Yayasan AEON Malaysia yang terbaharu, bermatlamat untuk membantu golongan B40 yang memerlukan bantuan dari segi kos perubatan atau rawatan. Hospital-hospital yang dikenal pasti ialah Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur; Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); HUKM Cheras; Hospital Pulau Pinang; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak; Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan; Hospital Melaka; Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan Hospital Umum, Kuching Sarawak.

Share This Post

Stay Updated.

Keep up to date with our continuous efforts to help Malaysians discover the joys of life.

Join Us.

Looking to share your time, effort and heart? We are always looking for volunteers to help us on our quest to spread joy.

Looking to share your time,
effort and heart? We are always
looking for volunteers to help us
on our quest to spread joy.

Join Now